Tuesday 20 December 2011

Kahang banjir

MOHD. Zulfaqqar menggunakan sampan kecil untuk mengambil barang ketika rumahnya dilanda banjir di Kampung Parit 4 Sungai Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor, semalam.
KLUANG 20 Dis. - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan seramai 2,683 mangsa banjir daripada 711 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara hari ini.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), sehingga pukul 6 petang, sebanyak 36 pusat pemindahan dibuka iaitu 21 buah pusat di Kluang, Segamat (lima), Kulaijaya (empat), Batu Pahat (tiga), Pontian (dua) dan sebuah di Kota Tinggi.
Di Kluang, antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Mengkibol; Perumahan Rakyat Yap Tau Sah; Kampung Melayu Mardi; Kampung Muhibbah; Kampung Haji Nor Md. Amin; Kampung Kolam Air; Kampung Berasau; Kampung Orang Asli Sungai Peroh; Kampung Punchor; Kampung Contoh; Kampung Sri Cahaya dan Kampung Batu 4 di Kluang.
Kawasan lain yang turut terjejas termasuklah Kampung Usaha Jaya; Kampung Spangloi; Kampung Paya Dalam di Segamat; Kampung Sungai Berangan di Kota Tinggi; Kampung Parit Haji Kamisan; Yong Peng di Batu Pahat.
Sementara itu, di Pontian, kawasan yang terlibat antaranya adalah Kampung Tampok; Kampung Lapis Tampok; Kampung Sri Gambut; Kampung Paya Embun manakala di Kulaijaya pula adalah di Kampung Murni Jaya; Kampung Sungai Siam; Kampung Bukit Batu dan Kampung Sungai Besoi.
Seramai 2,168 mangsa daripada 558 buah keluarga dilaporkan menjadi mangsa banjir di Kluang, Segamat (219 mangsa daripada 45 buah keluarga), Batu Pahat (62 mangsa daripada 19 buah keluarga), Pontian (97 mangsa daripada 31 buah keluarga) dan Kota Tinggi (17 mangsa daripada empat buah keluarga).
Menurut portal itu lagi, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir manakala hanya laluan menuju ke Kampung Orang Asli Peta, Kahang di Kluang ditutup sementara waktu kerana dinaiki air.
Tinjauan Utusan Malaysia di Simpang Renggam, Kluang mendapati beberapa kawasan yang dinaiki air sebelum ini telah mula surut ekoran hujan yang semakin reda berbanding beberapa hari lalu.
Seorang mangsa banjir, Siti Zubaidah Basiron, 46, dari Kampung Sungai Linai, Simpang Renggam berkata, hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan dia sekeluarga terpaksa berpindah ke di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau (SKSL), Simpang Renggam yang pusat pemindahan sementara.
"Keadaan banjir kali ini tidak berapa teruk berbanding banjir besar beberapa tahun lalu, namun kami sekeluarga tetap berpindah ke pusat pemindahan sementara sebagai langkah keselamatan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Bariah Munawi, 53, berkata meskipun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara namun kebajikan termasuk makan minum kesemua mangsa banjir tetap dijaga.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi banjir boleh diperoleh dengan melayari laman web www.mkn.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat Bilik Gerakan Bencana negeri di talian 07-2908012.
* Harap kebun aku kat kahang tak kenalah. amin.

No comments:

Post a Comment