Friday 19 August 2011

Kebun Sawit Machap- tahniah Kemey

kebun 3 ekar status  non bumi lot

Tanah Ayer Hitam- tahniah Azhar

Kebun sawit ni dalam 2 ekar dan perlu disulam degna benih-benih baru
Tahniah la Jaah dapat jugak tanah dekat ngan rumah dengan harga berpatutan.


Monday 15 August 2011

Tenaga Produksi Kerja

Haa wak ni  yang akan tanam pokok-pokok sawit tu  nanti. Boring katanya duduk rileks takde keja.
"Cepatlah kobe siap steaking boleh wak masuk tanam"

Jenis tanah terbaik bayak cacing ni.

Penat Boss Rilexs Jap

Ha ni pemegang share terbanyak 20 ekar dia sapu.

Sampai patah cangkuk kobe, kasi wellding.

possing time

Burung tempua bersarang rendah

Saujana mata memandang



Ha ni jiran kebun aku la katanya orang ni pajak 50 ekar tapi  macam tak jaga je heheheh.

Panjang parit ni 5 km ada ni



Patut la tak siap-siap kobe gali parit, parit dia panjang pusing keliling ada 5 Km. Risiko ancaman bintang buas dapatlah dikurangkan, kalau tenuk nak lompat pon tak boleh lepas. Kalau jatuh memamg tak boleh nak keluar.

Semak Samun Flora Fauna

Ni lah tanah tu memang semak laa. Nak dapat yang lapang memang susah lah. Nak beli kebun mahal sangat, 100K baru dapat 2 ekar kalau beli. Tapi Kalau pajak ni dengan nilai sebegitu boleh dapat hampir 20 ekar siap dengan dibersihkan(racun), benih sawit terbaik(setahun) dan siap digalikan lubang untuk tanam dan penanaman pokok.
Anggaran: 20 ekar = 15 tan x RM650 (harga hari ini)= RM9750 tiap bulan.
mashuk mashuk klu harga naik sampai rm 700 pehh alhamdulillah.
2 bulan yang lepas harga menten agak lama dalam lingkungan rm700 lebih setan.
Kalau harga macam ni kira-kira tak sampai setahun dah boleh dapat pulangan modal. Amin..

Nak cepat sewa kobe tak payah nak racun, bukan apa kejap lagi dah bulan posa takut takut tak sempat siap sebelom raya. Gerenti bersih habis.

22 July 2011

Kobe buat kejap je


Dalam kebun setiap blok ke blok jalan dibuat sekali untuk memudahkan proses mengangkut hasil sawit kelak. Jadi nanti tak perlu risau nak pikul jauh-jauh untuk mengumpulkan hasil sebelom di punggah ke lori. Dengan kata lainnya upah pekerja dapat diminumumkan.
Buat tanah lot agak-agak laku tak kat sini huhu..

Pintu masuk ke ladang

Welcome to Taman Negara Endau Rompin. Ini adalah salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Kalau tak silap aku banyak lagi pintu masuk lain mengikut daerah di Johor. Tapi kebun aku tu taklah sejauh itu tak sampai 10KM pon masuk ke dalam dari Jalan Utama Kluang - Mersing.



Dari Parit Raja nak ke PETA(lokasi tanah pajak) dalam sejam suku kalau bawak pelan-pelan tapi kalau berdesup sejam sampai. Ala 15 minit je beza bawak pelan-pelan jek.

Lokasi ni memang banyak ladang-ladang Risda, Peladang dan syarikat swasta lain. Kebanyakkannya tanam sawitlah dan ada jugak diselang selikan dengan rumah burung walit.
Jalan ni memang tak sunyi dari kenderaan lalu lalang 24 jam. Sekali tu konvoi dari PLKN beratus kenderaan, kalau sabtu ahad lagilah team-team 4WD lalu lalang nak ke Taman Negara.
Lokasi kebun pajak aku pulak betul-betul tepi jalan PETA ni. Tak termimpi pon nak dapat kebun kat sini. Tapi setelah lebih setahun mencari tempat yang sah disisi undang-undang di sinilah mungkin rezeki aku. tak banyak dah tempat-tempat untuk bercucuk tanam kat Johor ni, semuanya dah berpunya kecualilah kalau ada sesapa yang berani ceroboh hutan tu huhu...



15 July 2011 19:01