Tuesday 20 December 2011

Kahang banjir

MOHD. Zulfaqqar menggunakan sampan kecil untuk mengambil barang ketika rumahnya dilanda banjir di Kampung Parit 4 Sungai Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor, semalam.
KLUANG 20 Dis. - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan seramai 2,683 mangsa banjir daripada 711 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara hari ini.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), sehingga pukul 6 petang, sebanyak 36 pusat pemindahan dibuka iaitu 21 buah pusat di Kluang, Segamat (lima), Kulaijaya (empat), Batu Pahat (tiga), Pontian (dua) dan sebuah di Kota Tinggi.
Di Kluang, antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Mengkibol; Perumahan Rakyat Yap Tau Sah; Kampung Melayu Mardi; Kampung Muhibbah; Kampung Haji Nor Md. Amin; Kampung Kolam Air; Kampung Berasau; Kampung Orang Asli Sungai Peroh; Kampung Punchor; Kampung Contoh; Kampung Sri Cahaya dan Kampung Batu 4 di Kluang.
Kawasan lain yang turut terjejas termasuklah Kampung Usaha Jaya; Kampung Spangloi; Kampung Paya Dalam di Segamat; Kampung Sungai Berangan di Kota Tinggi; Kampung Parit Haji Kamisan; Yong Peng di Batu Pahat.
Sementara itu, di Pontian, kawasan yang terlibat antaranya adalah Kampung Tampok; Kampung Lapis Tampok; Kampung Sri Gambut; Kampung Paya Embun manakala di Kulaijaya pula adalah di Kampung Murni Jaya; Kampung Sungai Siam; Kampung Bukit Batu dan Kampung Sungai Besoi.
Seramai 2,168 mangsa daripada 558 buah keluarga dilaporkan menjadi mangsa banjir di Kluang, Segamat (219 mangsa daripada 45 buah keluarga), Batu Pahat (62 mangsa daripada 19 buah keluarga), Pontian (97 mangsa daripada 31 buah keluarga) dan Kota Tinggi (17 mangsa daripada empat buah keluarga).
Menurut portal itu lagi, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir manakala hanya laluan menuju ke Kampung Orang Asli Peta, Kahang di Kluang ditutup sementara waktu kerana dinaiki air.
Tinjauan Utusan Malaysia di Simpang Renggam, Kluang mendapati beberapa kawasan yang dinaiki air sebelum ini telah mula surut ekoran hujan yang semakin reda berbanding beberapa hari lalu.
Seorang mangsa banjir, Siti Zubaidah Basiron, 46, dari Kampung Sungai Linai, Simpang Renggam berkata, hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan dia sekeluarga terpaksa berpindah ke di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau (SKSL), Simpang Renggam yang pusat pemindahan sementara.
"Keadaan banjir kali ini tidak berapa teruk berbanding banjir besar beberapa tahun lalu, namun kami sekeluarga tetap berpindah ke pusat pemindahan sementara sebagai langkah keselamatan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Bariah Munawi, 53, berkata meskipun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara namun kebajikan termasuk makan minum kesemua mangsa banjir tetap dijaga.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi banjir boleh diperoleh dengan melayari laman web www.mkn.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat Bilik Gerakan Bencana negeri di talian 07-2908012.
* Harap kebun aku kat kahang tak kenalah. amin.

Kawalan Perosak Tanaman Sawit



                                            Racun Tikus seperti belacan

Adakah anda mengalami masaalah tikus diladang kelapa sawit?  Pernahkah anda mengalami dimana umpan racun yang diberi tidak terusik? Ataupun umpan racun yang diberi diambil dengan kadar yang tinggi sehinga 9-10 pusingan mengumpan, namun kesan makan tikus keatas buah masih serius? Atau umpan racun bertukar menjadi rosak?
Untuk pengetahuan anda, saya pernah mengalami masalah tikus yang suka mengambil umpan yang diberi.  Umpan yang diberi diambil kesemuanya. Adakalanya kadar pengambilan umpan masih lagi tinggi walaupun telah mengumpan sehingga 9 pusingan.  Lebih menghariankan lagi apabila  terdapat kesan gigitan tikus yang masih segar walaupun telah mengumpan sehingga 9 pusingan.  Seolah-olah umpan yang diberi seperti member tikus makan sahaja tanpa member kesan beracun kepada tikus yang mengambil umpan tersebut.
Terdapat 2 kemungkinan bagaimana perkara ini boleh berlaku.
  • Yang pertamanya, tikus mengambil kesemua umpan dikawasan jajahannya dan menyorokkan didalam tempat persembunyiannya atau sarangnya bagi tujuan stok makanan.
  • Keduanya – kemungkinan juga boleh berlaku mutasi pada tikus dimana tikus telah imun kepada racun yang diberi.
Pada pendapat saya, alasan yang pertama adalah lebih rasional kerana kesemua tikus yang ditangkap dan diberi makan racun yang serupa, mati dalam jangkamasa 7-8 hari.  Hanya seekor-dua sahaja yang bertahan sehingga lebih 8 hari, namun mati jua akhirnya.  Makanan dan minuman diberikan secukupnya sepanjang ujian.
Pemerhatian diladang pula, menemui 2-3 umpan di lokasi yang disyaki sebagai sarang tikus yang mana penemuan ini telah juga memberi sedikit sebanyak bukti yang menunujukkan tikus telah menyorokkan umpan yang diambil.
Secara asasnya, untuk tikus menjadi imun terhadap racun yang diberi memerlukan jangkamasa yang agak lama, dimana tikus tersebut perlu makan racun dengan dos yang tidak boleh mematikannya dan dimakan secara kerap atau berkala sehingga terbentuk kekuatan imunisasi terhadap racun didalam sistem badan tikus yang kemudiannya diwariskan pula  kepada anak-anak mereka. Kemungkinan untuk berlakunya imunisasi adalah jarang namun ianya adalah tidak mustahil.
Bagi meminimumkan risiko imunisasi, adalah digalakkan untuk menggunakan jenis umpan yang berlainan pada setiap kempen mengumpan.  2-3 jenis umpan adalah memadai untuk di gunakan bagi 2-3 kempen, iaitu satu kempen satu jenis umpan dan kempen yang berikutnya pula gunakan umpan daripada jenis yang lain.
Adalah memadai untuk memberi satu umpan beracun untuk satu pokok bagi setiap pusingan.  Hanya gantikan umpan pada pusingan berikutnya apabila umpan tersebut telah diambil atau tiada ditempatnya.  Pendapat yang menyatakan keperluan untuk meletakkan lebih daripada satu umpan adalah tidak berbaloi dan mungkin juga membazir.  Ini adalah kerana tikus akan mengambil kesemua umpan yang diberikan dan disorok disarangnya.
Kadar kematian yang bukan serta merta selepas makan racun juga boleh menjadi penyebab kepada ketidakperluan bagi meletakkan lebih daripada satu umpan pada satu pokok dalam satu-satu masa.  Tikus tersebut masih hidup dalam jangkamasa 7-8 hari dan potensi untuk mengambil kesemua umpan yang diberi adalah tinggi.  Umpan yang dikumpulkan pula boleh bertukar menjadi busuk dan rosak.  Ini akan menyebabkan penolakkan oleh tikus.
Sifat tikus yang boleh dikategorikan sebagai tamak adalah sukar untuk diatasi.  Pemberian satu umpan untuk satu pokok adalah memadai asalkan mereka makan umpan tersebut dan kematian tikus pasti akan berlaku.  Berdasarkan pengalaman saya, populasi tikus dikawsan tikus ‘tamak’ ini tetap akan berkurangan walaupun terpaksa mengumpan sehingga 9-10 pusingan dan mungkin juga melebihi 15 pusingan.
Kemungkinan untuk perlu menjalankan 2 kempen mengumpan dalam setahun dikawasan populasi tikus yang tinggi adalah tidak mustahil.  Kaedah mengumpan, henti dan sambung mungkin perlu. Ini bermakna anda perlu berhenti mengumpan sehingga maksimum 6 pusingan walaupun peratusan pengambilan umpan masih lagi tinggi.  Kempen kedua pula perlu disambung selepas 3-4 bulan berakhirnya pusingan ke enam bagi kempen pertama.  Lakukan juga sebagaimana kempen yang pertama.  Sambung kempen seterusnya dalam jangkamasa yang sama iaitu 3-4 bulan selepas pusingan terkahir bagi kempen sebelumnya, sehingga terdapatnya satu kempen yang mana pengambilan umpan oleh tikus jatuh keparas 30% pada pusingan ke 6 atau sebelumnya.  Atau kadar ‘fresh damage’ dibawah 5%.

Sunday 2 October 2011

Aktiviti Meracun Dan Membaja

Sampai aje kebun ingat nak terus meracun walau pon cuaca kejap mendung kejap terang.

Dalam 3 Jam dah nampak rumputnya layu jadi kuning. Memamg kuat Paraquat ni. Racun ni jenis sentuh.
Ha ni baja akar untuk menggalakkan pertumbuhan akar benih-benih yang telah dipindahkan ke tanah.

Hasil Tuaian

Kalau boleh sumbat dalam keter aku dah sumbat dah.

Ni 2 kali trip dapat banyak ni.


Ni trip ke 4.

Ni trip last yang ke 5. Makin trip akhir buahnya makin berat. Ada yang sampai 15 kg kenalah angkat 2 orang.

Ni pulak penuggu yang setia menjaga buah-buah sawit daripada di kebas.

Kereta Breakdown

Tetiba kereta mati pulak. Start punya start tak boleh nak hidup. Baru nak start kutip buah. Kacau-kacau.

Ala rupanya penapis minyak kotor. Nasib baik Ijal ada bawa spare part. Tukar yang baru sekali start terus hidup. Alhamdulillah.

Aktiviti Menyawit

Disebabkan hari mendung keja meracun terpaksa di tunda menjadi keja menyawit buah. Lagi pon buah-buah pon dah banyak yang masak. Kata Boss boleh lah buat beli racun/baja dan support duit minyak kesini.


Pokok ni tak besor sangat tapi buahnya sekali petik dapat 9 tandan rekod untuk hari ini.
Biji buah yang jatuh berderai.

Sedap ni kalau direbus makan letak gula.

Tuesday 27 September 2011

Kebun 3 ekar 68K-Tahniah Mie & Apis

Dapat info semalam harini terus pergi site. Harga boleh dengar pulak tu apa lagi sebelom orang lain sambor.

Rasanya jadi kawan aku ambik ni. Tar sampai tepi kebun.

Landskap yang ada di kebun.

Sedang menjejaki batu sempadan. Jauh jugak 3 ekar ni nak redah. Sawit baru tanam dalam beberapa bulan. Kebunnya semak dan tanahnya gambut liat. Semua orang kata ko untung Mie. Tahniahlah dapat jugak kebun sendiri.

Monday 19 September 2011

Tanah Kosong 6 Ekar

 Kebun ni lokasinya tak jauh drp rumah aku...tu pon pakcik aku yang jumpa...dia kenal ngan owner kebun ni..rasanya nak jumpa gi owner tanah ni manalah tau boleh dipajak.
 Kebun ni semak samun daripada terbiar tempat habitat haiwan biarlah dipajak...
 Tinggal ni jek pokok besar yang terpacak yang lain semua dah tumbang cuma perlu dibersihkan jek.
Antara baki pokok sawit yang hidup meliar.

Sunday 18 September 2011

Makan Time

Banyaknya Cili ni mesti nak masak nasi goreng kampung ni.
Masak maggi je tengahari ni tukang masak memang  berpengalaman memasak sejak kecil. Memang berseleralah  makan 3 kali tambah heheheh.

Pandu Uji Datsun 120Y terbaru.

Jentera Terhebat

  Sedia untuk memulakan pandu uji.

 Cabaran yang menanti penuh liku, hampir menyerupai ralli Paris-Dakkar.

 Benih di letak berhampiran lubang yang telah siap digali oleh kobe.

Nah hasilnya antara benih-benih yang telah siap dipindahkan ke tanah. Nampak lurus tak heheheh Puas hati bila semuanya berjalan lancar. Tak pergi kebun sehari dah rasa gelisah...

Menanam Benih Sawit

 Lori di berhentikan di tepi jalan masuk ke kebun. Benih-benih sawit dalam lingkungan setahun yang dibawa dalam lori akan dipindahkan ke kereta datsun 120Y untuk dibawa terus ke lubang tanaman. Dengan cara ni kerja-kerja dapat dilakukan dengan pantas dan menjimatkan masa. Badan pon kurang lah sakit huhuhu. Kereta ni memang boleh dipercayai belum pernah lagi sangkut atau problem. Tayar tarik belakang ni..

Lori 3 Tan diperlukan untuk membawa benih sawit dalam 200 pokok. Nasib baik abg ijal ada lori tak payah sewa-sewa. Jimat kos. Benih ni pulak kita orang beli deret daripada RISDA yang mengeluarkan benih-benih bermutu sejak dulu lagi. Disamping tu zink2 terpakai diperlukan untuk melindugi benih daripada haiwan perosak apabila dipindahkan ke tanah nanti.

Tuesday 6 September 2011

Bakal Petani Berjaya

Nampak tak batas-batas besar belakang brader ijal tu, kita orang plan nak tanam pokok pisang tanduk atau pon ubi sementara menunggu pokok sawit mengeluarkan hasil. Ada sesapa tau nak dapatkan benih bolehlah inform kita orang ye..

Pagar Pokok

Benih-benih sawit yang telah dipindahkan ke tanah dikepung dengan zink terpakai untuk melidunginya daripada haiwan perosak.

Saujana Mata Memandang

Ada rupa gurun sahara pulak bila semak samun dah dibersihkan.

Friday 19 August 2011

Kebun Sawit Machap- tahniah Kemey

kebun 3 ekar status  non bumi lot

Tanah Ayer Hitam- tahniah Azhar

Kebun sawit ni dalam 2 ekar dan perlu disulam degna benih-benih baru
Tahniah la Jaah dapat jugak tanah dekat ngan rumah dengan harga berpatutan.


Monday 15 August 2011

Tenaga Produksi Kerja

Haa wak ni  yang akan tanam pokok-pokok sawit tu  nanti. Boring katanya duduk rileks takde keja.
"Cepatlah kobe siap steaking boleh wak masuk tanam"

Jenis tanah terbaik bayak cacing ni.

Penat Boss Rilexs Jap

Ha ni pemegang share terbanyak 20 ekar dia sapu.

Sampai patah cangkuk kobe, kasi wellding.

possing time

Burung tempua bersarang rendah