Monday 23 July 2012


Puyuh Sang Puyoh

                                          Nak Berkebun ke nak ternak burung puyuh. Mentang-mentang burung puyuh banyak kat sini.

 Sedang memberi burung puyuh makan dan minum. Ni burung masih baby mak dia dah lari kena kejar.
Mesin meracun hasni mengalami kerosakkan apabila suis valve patah.

Monday 19 March 2012

Candid Candid

 Lori treler terbabas semasa nak keluarkan  buah.

 BR1M BR1M

 Jad Nabihan macamm geram je ngan tukang gunting ni.

 Jad Nabil tidur ke.

Jad Nafis stylo.

Tuesday 7 February 2012

Aktiviti Sulaman 4-7 February.

Benih kelapa sawit baru en hasni untuk sulaman sebanyak 50 pokok ditutup jaring hitam untuk perlindungan.

Keja berat arini kena makan banyak sikit.

Ahli kebun yang baru en. Shahrul mengushakan 2 ekar kelapa sawit girang selepas selesai membaja.

Benih sulaman dari seri medan sebanyak 45 pokok berharga RM9.50 sepokok.

Teriknya harini lemas lemas.

Berlindung di bawah anak pokok sampai tertidur.

Awan nano kat tepi je, tengah kebun  kosong.

Baja Kuda Singa biru tu untuk baja buah dan baja hijau tu untuk subur. NPK 15:15:15

Jenis butiran baja ni segenggam cukup untuk dua pokok.

                                              Sign board di pekan Kahang.

Saturday 21 January 2012

Ahli baru Kebun Pajak

EN. Hasni  (5 ekar) sedang memandu uji dan membiasakan memandu kenderaan di ladang.

Tuesday 10 January 2012

Tahun baru di Kebun

 Cuaca tak panas tak mendung angin kuat. sampai terbang topi.

 Bekas banjir yang tinggal selepas lebih seminggu.

 Baja air TVK Thailand di gunakan. Beli kat Peladang tingal 2 botol ni last stok. Kalau ok beli lagi.

 Sempat pulak menyawit Ijal ni dalam 500kg dapat.

 Balik dari kebun ingat ada roadblok.

Sekali jalan putus la pokok balak tumbang. hehehehehe

Tuesday 20 December 2011

Kahang banjir

MOHD. Zulfaqqar menggunakan sampan kecil untuk mengambil barang ketika rumahnya dilanda banjir di Kampung Parit 4 Sungai Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor, semalam.
KLUANG 20 Dis. - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan seramai 2,683 mangsa banjir daripada 711 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara hari ini.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), sehingga pukul 6 petang, sebanyak 36 pusat pemindahan dibuka iaitu 21 buah pusat di Kluang, Segamat (lima), Kulaijaya (empat), Batu Pahat (tiga), Pontian (dua) dan sebuah di Kota Tinggi.
Di Kluang, antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Mengkibol; Perumahan Rakyat Yap Tau Sah; Kampung Melayu Mardi; Kampung Muhibbah; Kampung Haji Nor Md. Amin; Kampung Kolam Air; Kampung Berasau; Kampung Orang Asli Sungai Peroh; Kampung Punchor; Kampung Contoh; Kampung Sri Cahaya dan Kampung Batu 4 di Kluang.
Kawasan lain yang turut terjejas termasuklah Kampung Usaha Jaya; Kampung Spangloi; Kampung Paya Dalam di Segamat; Kampung Sungai Berangan di Kota Tinggi; Kampung Parit Haji Kamisan; Yong Peng di Batu Pahat.
Sementara itu, di Pontian, kawasan yang terlibat antaranya adalah Kampung Tampok; Kampung Lapis Tampok; Kampung Sri Gambut; Kampung Paya Embun manakala di Kulaijaya pula adalah di Kampung Murni Jaya; Kampung Sungai Siam; Kampung Bukit Batu dan Kampung Sungai Besoi.
Seramai 2,168 mangsa daripada 558 buah keluarga dilaporkan menjadi mangsa banjir di Kluang, Segamat (219 mangsa daripada 45 buah keluarga), Batu Pahat (62 mangsa daripada 19 buah keluarga), Pontian (97 mangsa daripada 31 buah keluarga) dan Kota Tinggi (17 mangsa daripada empat buah keluarga).
Menurut portal itu lagi, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir manakala hanya laluan menuju ke Kampung Orang Asli Peta, Kahang di Kluang ditutup sementara waktu kerana dinaiki air.
Tinjauan Utusan Malaysia di Simpang Renggam, Kluang mendapati beberapa kawasan yang dinaiki air sebelum ini telah mula surut ekoran hujan yang semakin reda berbanding beberapa hari lalu.
Seorang mangsa banjir, Siti Zubaidah Basiron, 46, dari Kampung Sungai Linai, Simpang Renggam berkata, hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan dia sekeluarga terpaksa berpindah ke di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau (SKSL), Simpang Renggam yang pusat pemindahan sementara.
"Keadaan banjir kali ini tidak berapa teruk berbanding banjir besar beberapa tahun lalu, namun kami sekeluarga tetap berpindah ke pusat pemindahan sementara sebagai langkah keselamatan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Bariah Munawi, 53, berkata meskipun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara namun kebajikan termasuk makan minum kesemua mangsa banjir tetap dijaga.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi banjir boleh diperoleh dengan melayari laman web www.mkn.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat Bilik Gerakan Bencana negeri di talian 07-2908012.
* Harap kebun aku kat kahang tak kenalah. amin.