Welcome to Taman Negara Endau Rompin. Ini adalah salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Kalau tak silap aku banyak lagi pintu masuk lain mengikut daerah di Johor. Tapi kebun aku tu taklah sejauh itu tak sampai 10KM pon masuk ke dalam dari Jalan Utama Kluang - Mersing.
Dari Parit Raja nak ke PETA(lokasi tanah pajak) dalam sejam suku kalau bawak pelan-pelan tapi kalau berdesup sejam sampai. Ala 15 minit je beza bawak pelan-pelan jek.
Lokasi ni memang banyak ladang-ladang Risda, Peladang dan syarikat swasta lain. Kebanyakkannya tanam sawitlah dan ada jugak diselang selikan dengan rumah burung walit.
Jalan ni memang tak sunyi dari kenderaan lalu lalang 24 jam. Sekali tu konvoi dari PLKN beratus kenderaan, kalau sabtu ahad lagilah team-team 4WD lalu lalang nak ke Taman Negara.

Lokasi kebun pajak aku pulak betul-betul tepi jalan PETA ni. Tak termimpi pon nak dapat kebun kat sini. Tapi setelah lebih setahun mencari tempat yang sah disisi undang-undang di sinilah mungkin rezeki aku. tak banyak dah tempat-tempat untuk bercucuk tanam kat Johor ni, semuanya dah berpunya kecualilah kalau ada sesapa yang berani ceroboh hutan tu huhu...
15 July 2011 19:01
No comments:
Post a Comment