kebun 3 ekar status non bumi lot
Minta maaflah ye blog ni dibuat serba ringkas jek. Bukan apa ramai member yang bertanya dan nak tau perkembangan, so aku update jeklah kat blog ni. Kalau bercerita jek takde gambar susah nak bayangkan, kat sini aku tepek gambar sekali. InsyaAllah setiap bulan aku update perkembangan. Aktiviti kat sini banyak kalau nak buat, boleh cari ikan, ayam hutan, burung wak-wak memang banyak.
Friday, 19 August 2011
Tanah Ayer Hitam- tahniah Azhar
Kebun sawit ni dalam 2 ekar dan perlu disulam degna benih-benih baru
Tahniah la Jaah dapat jugak tanah dekat ngan rumah dengan harga berpatutan.Monday, 15 August 2011
Tenaga Produksi Kerja
Haa wak ni yang akan tanam pokok-pokok sawit tu nanti. Boring katanya duduk rileks takde keja.
"Cepatlah kobe siap steaking boleh wak masuk tanam"
Jenis tanah terbaik bayak cacing ni.
Penat Boss Rilexs Jap
Ha ni pemegang share terbanyak 20 ekar dia sapu.
Sampai patah cangkuk kobe, kasi wellding.
possing time
Burung tempua bersarang rendah
Panjang parit ni 5 km ada ni
Patut la tak siap-siap kobe gali parit, parit dia panjang pusing keliling ada 5 Km. Risiko ancaman bintang buas dapatlah dikurangkan, kalau tenuk nak lompat pon tak boleh lepas. Kalau jatuh memamg tak boleh nak keluar.
Semak Samun Flora Fauna
Ni lah tanah tu memang semak laa. Nak dapat yang lapang memang susah lah. Nak beli kebun mahal sangat, 100K baru dapat 2 ekar kalau beli. Tapi Kalau pajak ni dengan nilai sebegitu boleh dapat hampir 20 ekar siap dengan dibersihkan(racun), benih sawit terbaik(setahun) dan siap digalikan lubang untuk tanam dan penanaman pokok.
Anggaran: 20 ekar = 15 tan x RM650 (harga hari ini)= RM9750 tiap bulan.
mashuk mashuk klu harga naik sampai rm 700 pehh alhamdulillah.
2 bulan yang lepas harga menten agak lama dalam lingkungan rm700 lebih setan.
Kalau harga macam ni kira-kira tak sampai setahun dah boleh dapat pulangan modal. Amin..
Nak cepat sewa kobe tak payah nak racun, bukan apa kejap lagi dah bulan posa takut takut tak sempat siap sebelom raya. Gerenti bersih habis.
22 July 2011
Kobe buat kejap je
Dalam kebun setiap blok ke blok jalan dibuat sekali untuk memudahkan proses mengangkut hasil sawit kelak. Jadi nanti tak perlu risau nak pikul jauh-jauh untuk mengumpulkan hasil sebelom di punggah ke lori. Dengan kata lainnya upah pekerja dapat diminumumkan.
Buat tanah lot agak-agak laku tak kat sini huhu..
Pintu masuk ke ladang
Welcome to Taman Negara Endau Rompin. Ini adalah salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Kalau tak silap aku banyak lagi pintu masuk lain mengikut daerah di Johor. Tapi kebun aku tu taklah sejauh itu tak sampai 10KM pon masuk ke dalam dari Jalan Utama Kluang - Mersing.
Dari Parit Raja nak ke PETA(lokasi tanah pajak) dalam sejam suku kalau bawak pelan-pelan tapi kalau berdesup sejam sampai. Ala 15 minit je beza bawak pelan-pelan jek.
Lokasi ni memang banyak ladang-ladang Risda, Peladang dan syarikat swasta lain. Kebanyakkannya tanam sawitlah dan ada jugak diselang selikan dengan rumah burung walit.
Jalan ni memang tak sunyi dari kenderaan lalu lalang 24 jam. Sekali tu konvoi dari PLKN beratus kenderaan, kalau sabtu ahad lagilah team-team 4WD lalu lalang nak ke Taman Negara.
Lokasi ni memang banyak ladang-ladang Risda, Peladang dan syarikat swasta lain. Kebanyakkannya tanam sawitlah dan ada jugak diselang selikan dengan rumah burung walit.
Jalan ni memang tak sunyi dari kenderaan lalu lalang 24 jam. Sekali tu konvoi dari PLKN beratus kenderaan, kalau sabtu ahad lagilah team-team 4WD lalu lalang nak ke Taman Negara.
Lokasi kebun pajak aku pulak betul-betul tepi jalan PETA ni. Tak termimpi pon nak dapat kebun kat sini. Tapi setelah lebih setahun mencari tempat yang sah disisi undang-undang di sinilah mungkin rezeki aku. tak banyak dah tempat-tempat untuk bercucuk tanam kat Johor ni, semuanya dah berpunya kecualilah kalau ada sesapa yang berani ceroboh hutan tu huhu...
15 July 2011 19:01
Subscribe to:
Posts (Atom)